Produk Kami

Kami juga menyediakan produk-produk menarik untuk anda dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa.
Insyaallah kami akan preview-kan.

Untuk sebarang tempahan sila hubungi:
Cik Saudah - 019-5145602
Email - fiys_peaces@rocketmail.com

Download Video Yotube Dengan Mudah

Assalamualaikum, apa khabar pembaca dan pelawat blog ini. Kali kami akan berkongsi dengan anda bagaimana mahu muat turun video dari laman Youtube dengan mudah. Moga dengan ini anda mendapat manfaat dan faedah daripadanya.

Syarat pertama yang anda perlu lakukan ialah anda mestilah pengguna firefox. Kerana ia dicipta untuk firefox. Boleh dapatkan firefox disini. Setelah anda download dan install firefox. Sila klik SINI untuk anda memuat turun Youtube Downloader. Sila ikut arahan pada laman web tersebut untuk memasang pada firefox anda. Setelah pasang, sila restart firefox.
Sangat mudahkan?
Selepas install pada firefox:



Anda perlu klik mana format video yang anda mahu muat turunkan, dan ia akan segeran dimuat turun ke dalam pc anda. Selamat mencuba.

Apabila Orang Jahat Mendidik Orang Jahat Lebih-Lebih Lagi Mendidik Orang Baik

Di akhir zaman ini, di mana-mana di bumi ini, ramai manusia rata-ratanya sudah tidak beriman. Bagi umat Islam pula telah terlalu lemah imannya. Apabila tidak beriman atau lemah iman, kesannya takut dengan Tuhan sudah tiada atau takut dengan Neraka sudah tiada atau telah terlalu lemah.

Apabila takut dengan Tuhan sudah tiada atau telah menipis dan takut dengan Neraka pun telah tercabut dari hati manusia atau kalau ada pun sudah terlalu lemah atau nipis, di waktu itu apa lagilah yang boleh membendung dan menyekat manusia daripada melakukan kemungkaran dan maksiat atau daripada melakukan kesalahan dan dosa. Lebih-lebih lagi apabila manusia itu melakukan kemungkaran dan maksiat atau melakukan kesalahan dan dosa, mereka mendapat keuntungan di situ. Misalnya mendapat wang dan harta yang banyak, mendapat pangkat yang tinggi atau dapat mempertahankan pangkat dan jawatan yang tinggi, dapat memiliki perempuan yang cantik, ramai pula, mendapat kenderaan yang besar lagi canggih, mendapat rumah yang tersergam gagah, besar dan indah. Sudah tentu mereka lebih berani dan nekad membuat derhaka dan dosa.

Di waktu itu, berleluasalah perbuatan penzaliman dan penindasan, pembunuhan, penangkapan, salah guna kuasa, mengambil kepentingan, pembohongan, pengkhianatan, penipuan, rasuah, pencerobohan, mungkir janji, terlibat dengan dadah, pencabulan, perogolan, perzinaan, minum arak, perjudian, pergaulan bebas, seks bebas, lesbian, homoseksual, tidak amanah, ponteng kerja, pencurian, hasad dengki, dendam, memfitnah, mengumpat, menghina, rompakan dan berbagai-bagai bentuk jenayah lagi.
Perbuatan-perbuatan yang negatif itu akan berlaku kepada semua golongan mengikut peluang dan kesempatan yang ada pada diri masing-masing. Ia tidak mengira golongan atasan atau orang bawahan, yang berkuasa atau rakyat jelata, pihak keselamatan atau pihak yang hendak dijaga keselamatan, orang kaya atau orang miskin, pemimpin atau pengikut, guru atau pelajar, orang bandar atau orang kampung, pihak pentadbir atau pihak yang kena tadbir, pemuda atau pemudi, atau orang tua yang sudah bersara atau yang masih bekerja. Bahkan tidak ada golongan yang terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan maksiat atau kesalahan dan dosa-dosa.
Dalam keadaan begini, yang mudah melakukannya, yang banyak peluang serta mudah dapat perlindungan sudah tentulah golongan yang ada kuasa, pihak atasan, golongan pentadbiran, pihak keselamatan, yang berjawatan tinggi dan penting. Pihak-pihak lain walaupun banyak juga peluang tapi tidak dapat melakukan kejahatan yang besar-besar. Di samping itu mereka juga terdedah kepada tangkapan dan hukuman. Ertinya yang akan banyak terhukum adalah golongan yang tiada kuasa dan rakyat jelata, yang siapalah yang akan memperlindunginya dan ia akan berlakulah di seluruh dunia.

Apabila berlaku keadaan dan situasi yang digambarkan tadi, akan terjadilah satu suasana di dalam masyarakat manusia itu seperti di bawah:
1. Guru tidak mesti lebih baik daripada pelajar-pelajarnya.
2. Majikan tidak mesti lebih baik daripada buruh-buruhnya.
3. Orang-orang tua tidak mesti lebih baik daripada orang muda.
4. Ayah atau ibu tidak mesti lebih baik daripada anak-anaknya.
5. Orang besar tidak mesti lebih baik daripada orang-orang kecil.
6. Orang-orang kaya tidak mesti lebih baik daripada orang-orang miskin.
7. Pihak pentadbir tidak mesti lebih baik daripada pihak yang kena tadbir.
8. Pihak keselamatan tidak mesti lebih baik daripada pihak yang hendak dijaga keselamatannya.
9. Orang pandai tidak mesti lebih baik daripada orang bodoh.
10. Pendidik tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak dididik.
11. Para ulama tidak mesti lebih baik daripada orang yang bukan ulama.
12. Orang yang hendak membaiki tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak dibaiki.
13. Pemimpin tidak mesti lebih baik daripada pengikut.
14. Orang yang hendak memulihkan tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak dipulihkan.
15. Orang yang berkuasa tidak mesti lebih baik daripda rakyat jelata.
16. Pendakwah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena dakwah.
17. Pemerintah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena perintah.
18. Orang yang menangkap tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena tangkap.

Begitulah seterusnya akan berlaku kepada golongan manusia jika kita mahu senaraikan yang lebih detail dan menyeluruh. Apa yang kita senaraikan di atas adalah secara rambang dan mewakili umum.
Sekiranya berlakulah gambaran golongan manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran di zaman ini, saya rasa ianya sedang berlaku di seluruh dunia, siapakah yang akan membaiki masyarakat? Siapakah yang akan memikirkan kemungkaran dan kejahatan? Siapakah yang akan menumpaskan penzaliman dan penindasan? Siapakah yang akan menjaga keselamatan? Siapakah yang akan menumpaskan pencerobohan? Siapakah yang akan menumpaskan penipuan? Siapakah yang akan membaiki orang-orang jahat yang berbagai-bagai golongan dan bentuknya?
Sudah tentulah berlaku di waktu itu, orang jahat akan memikirkan orang jahat. Ini berlaku hampir menyeluruh di dunia ini. Penzaliman dan penindasan akan difikirkan oleh orang yang zalim dan menindas. Kaki tipu akan membendung golongan penipu. Orang-orang jahatlah yang akan mendidik orang jahat. Orang yang belum pulih akidahnya akan memulihkan orang yang belum pulih. Orang yang tidak berakhlaklah yang akan berusaha membaiki akhlak orang yang tidak berakhlak. Penjahat-penjahatlah yang akan memikirkan orang-orang jahat. Orang jahatlah yang akan menangkap orang-orang jahat. Orang jahat yang akan menghukum orang-orang jahat.
Yang paling malang ialah orang jahat hendak mendidik orang baik. Orang jahat yang hendak memimpin orang baik. Orang yang jahat hendak memulihkan orang yang baik. Orang yang zalim yang hendak menumpaskan orang adil. Orang yang rosak akhlak yang hendak membaiki orang yang baik akhlak. Orang yang tidak berakidah atau lemah akidah yang hendak membaiki akidah orang yang sudah baik akidahnya. Orang jahatlah konon yang hendak membaiki orang yang sudah baik. Orang jahatlah yang akan memerangi orang yang baik. Orang jahatlah yang akan menghukum orang baik.
Kalau berlakulah di bumi Tuhan ini masyarakat yang macam ini, apakah yang akan terjadi? Maka akan terjadilah orang baik yang banyak teraniaya. Orang jujur akan dimusuhi, orang yang benar akan dipersalahkan. Orang yang ikhlas dipandang serong. Orang yang jujur tidak disukai. Orang yang berkorban akan terkorban. Orang yang hendak mencari kedamaian dan keamanan dianggap orang yang hendak menggugat keselamatan. Orang yang hendak bersatu dianggap pemecah-belah. Orang yang berakhlak mulia dimusuhi. Orang yang pemurah tidak digemari. Orang yang memperjuangkan kebenaran dianggap perosak dan pengkhianat. Siapa yang bersih hidupnya akan tersisih dan terpencil.
Di waktu itulah orang-orang jahat mendapat tempat. Orang-orang jahatlah yang akan menjadi kaya. Orang-orang jahatlah yang akan berkuasa. Orang-orang jahatlah yang akan berilmu. Orang-orang jahatlah yang akan tertonjol. Orang-orang jahatlah yang akan dimuliakan. Orang-orang jahatlah yang akan diberi orang anugerah. Orang-orang jahatlah yang akan senang. Orang-orang jahatlah yang akan disanjung. Orang-orang jahatlah yang akan mentadbir. Orang-orang jahatlah yang akan membangun. Orang-orang jahatlah yang akan menguasai dunia. Akhirnya keturunan orang baik-baik jangka panjang menjadi jahat pula kerana terpengaruh dengan orang jahat. Kalau tidak berbuat begitu, tidak boleh hidup dan senang.





Bukan Agama Kalau Tidak Ada Upacara Penyembahan


Setiap agama sama ada yang hak mahupun yang batil, mesti ada cara penyembahan dan upacara penyembahan, atau ada sistem peribadahan yang khusus. Cara penyembahan itu atau cara peribadahan itu pula ada yang menjadi pokok dan ada yang menjadi tambahan. Di dalam Islam, ibadah tambahan itu dinamakan fadhoilula'mal atau amalan-amalan yang disunatkan.


Kalau sesuatu ajaran itu tidak ada cara dan upacara peribadahan atau penyembahan, ia tidak dinamakan agama atau bukan agama namanya. Adapun agama, ia mesti ada hubung kait dengan Tuhan, sama ada Tuhan yang sebenarnya mahupun Tuhan yang palsu atau yang dikhayalkan. Sesuatu ajaran yang tidak ada penyembahan atau upacara peribadahan, ia dinamakan ideologi atau isme. Ideologi atau isme tidak ada hubung kait dengan Tuhan. Justeru itulah tidak ada penyembahan dan peribadahan di dalam ajaran ideologi.

Ideologi atau isme, orang panggil atau namakan ajaran politik, bukan ajaran agama. Kerana itulah orang politik atau penganut-penganut ideologi atau isme, biasanya ada pegangan agamanya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka sama ada agama yang hak mahupun agama yang batil; kecuali orang yang berfahaman komunis, kerana di dalam ajaran ideologinya tidak ada penyembahan kepada Tuhan.

Di dalam ajaran Islam, upacara ibadah yang pertama dan utama disebut 'As Solah' atau di dalam Bahasa Melayu ialah sembahyang. Di dalam Islam, sembahyang merupakan tiang agama. Ia wajib dilakukan lima kali di dalam sehari semalami. Solat di dalam Islam merupakan ibu segala ibadah yang ada di dalam ajaran Islam dan juga ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Bahkan ia adalah sebagai tiang serinya.

Di dalam ajaran Islam, sesiapa yang meninggalkan ibadah yang pertama dan utama ini, yang menjadi tiang seri agama Islam, maka seluruh amalannya yang lain tertolak atau tidak diterima. Rugi sungguhlah orang yang meninggalkan sembahyang lima waktu.


Bila Iman Lemah

Akal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehingga tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejaki dan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali, tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak manusia pijak. Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat, berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi.

Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawah bumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habis otaknya menjelajahi padang pasir, gurun, di perut bumi, sungai kecil dan besar otaknya selongkari, terdedah dan terbongkar semuanya.

Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara, Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka, jelajahi hutan belantara, berbagai-bagai kehidupan dapat diketahui di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruh khazanah dunia ini otak mereka kumpulkan.
Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia berada di hadapan melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidak dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan dan mengetahui rahsia-rahsianya.
Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruh dunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawa mengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertambah rata lagi, mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat, lebih dalam lagi rahsia dunia ini dapat dikesani, lebih banyak lagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya.
Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahui rahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olah otak manusia macam burung boleh terbang di seluruh dunia. Atau dunia ini macam sebesar dulang, otak berhadapan dengannya, seluruh apa yang ada di dalam dulang dapat dilihatnya.
Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olah bebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas dunia kehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa.
Walaupun begitu, kemampuan otak manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, namun apabila jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman, atau kelemahan iman kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup terseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit, gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa, tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia juga ikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke mana-mana. Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu dan maklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu.
Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana sering berlaku, selalu sahaja terjadi di dalam kehidupan ini.

1. Apabila datang ujian atau bala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrupsi, dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dimasukkan ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah, jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman itu kerana tidak bersama Tuhannya, seolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya, terasa sakit, bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpit seolah-olah masuk ke bumi, fikiran yang selama ini begitu bebas, merdeka, mempunyai maklumat yang luas, terbang, hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu, keadaan berfikir pun tidak menentu, perasaan tidak normal dan melulu, setengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah.

2. Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka, jiwa lemah dan tidak merdeka, akal juga turut lemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanya berubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubah akhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah nama dan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah berubah semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan menghairankan, tercengang-cengang orang dibuatnya.

3. Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atau sudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atau ditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yang sempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondol sini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala.

4. Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanya menguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada itu hendaklah sentiasa kuatkan jiwa dengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji jiwa tidak sempit, jiwa tidak menderita hingga segala keyakinan dan pegangan beragama tidak hilang atau tidak berubah dan fikiran tetap dengan kemerdekaan kerana jiwa stabil dan normal tidak terjejas oleh ujian.
Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia, oleh masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsu yang memang tidak suka jiwamu bebas dan merdeka. Jangan biarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnya kita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi dunia ini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniah yang lebih tinggi lagi alam ukhrawiah agar dia bebas sebebas-bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa dia hidup sempit dan terhimpit.
Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah bawa ke mana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.
Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 191:


Maksudnya:
"Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit ini dan bumi, seraya mereka berkata, "Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,
jauhilah kami dari azab api Neraka."

Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan menggugat. Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya. Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwa kita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdeka dan kuat dan pegangan kita tidak akan berubah.

About me

Photostream