Kesan Melebihkan Kepentingan Diri

Adil itu ialah satu sifat yang paling hampir kepada taqwa. Kupasan dan maksud adil sangat luas. Adil pada pandangan Islam jauh berbeza dari apa yang difaham oleh orang yang bukan islam atau orang islam sendiri yang tidak terdidik secara islam. Adil bukan bererti saksama. Adil juga bererti sama rata. Adil ialah menaruh hak pada yang hak, walaupun pada
zahirnya, ia nampak tidak seimbang.


Hendak berlaku adil pula pula bukan mudah. Contohnya kalau kita benci dan tidak suka pada seseorang itu, apa sahaja yang dia buat, kita rasa tak betul dan tak kena. Tapi kalau kita suka dan sayang pada seseorang itu, segala apa yang dia buat smeuanya betul belaka.


Kalau orang yang kita benci buat salah yag kecil, sangat besar salahnya kepda kita. Tetapi kalau orang kita suka buat salah besar pun, kita anggap kecil sahaja.

Kalau oarng yang kita suka membuat sesuatu urusan, maka kita sanjung dan kita puji dia. Tetapi kalau oarang yang kita benci membuat sesuatu kebaikan atau berjaya dalam urusan, kita anggap biasa sahaja. Kita kata memang sudah kerja dia.

Punca berlakunya perkara ini ialah kerana kepentingan diri. Kepentingan diri kita itu kita lebihkan. Menyukai dan menyayangi seseotang itu dan kemudian menyebelahinya dan melebihkannya dalam segala hal termasuklah dalam maksud kepentingan diri. Kepentingan diri tidak semestinya dihala kepda diri sendiri sahaja. Kepentingan diri termasuk juga yang bersangkut paut denga oarang yang dad kena mengena dengan kita atau orang yang kita sayang, baik isteri, keluarga, anak-anak ahli kumpulan kita, "clique" kita, kroni kita dan lain-lain lagi.

Kepentingan diri inilah yang menjadi punca berlakunya huru-hara di kalangan manusia. Setiap oarang melebihkan pihaknya. Setiap kali pihaknya dilebihkan, maka akan berlakulah kekurangan dipihak yang lain. Pihak yang lain itu akan merasa dikurangi, dizalimii, ditindas, ditekan dan dianiaya. Mereka pun bertindak balas. Maka berlakulah krisis dan pergaduhan yang membawa kepda perpecahan dan permusuhan.

Melebihkan kepentingan diri ini pula ada dua bentuk. Ada yang dilebihkan dengan niat. Ada pula yang dilebihkan secara spontan. Secara yang dilebihkan dengan niat iaitu yang dirancang yang disusun dan yang diatur, sudah pastilah jahat. Ia didorong oleh nafsu jahat dan sifat-sifat mazmumah yang keji yang bersarang dihati.

Ini sangat banyak berlaku. Ia berllaku dalam pentadbiran negara. Dalam politik. Dalam pejabat. Dalam sekolah. Malahan dalam sebuah rumah tangga pun iia berlaku. MAka tidak hairanlah berlaku krisis dan pergaduhan di tempat-tempat tersebut kerana timbul rasa tidak puas hati, buruk sangka, raa dizalimi, dianiaya dan sebagainya.

Akan tetapi, kadang-kadang kita tidak mahu jahat. Kita tidak mahu melebihkan kepentingan diri kita dan kita tidak mahu berat sebelah dalam membuat pertimbangan tetapi ia terjadi juga. Ini kerana melebihkan kepentingan diri ini boleh berlaku secara spontan atau secara tidak sedar. Ia banyak membuatkan kita silap dan tersalah dalam membuat pertimbangan. Kita tidak perasan dan tidak sengaja. Justeru itu, kita tidak dapat mengawal perasaan dan tindak tanduk kita.

Perkara ini selalu terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kadang-kadang, kanak-kanak dalam satu kampung bermain dan kemudian berkelahi. Ini biasalah bagi kanak-kanak. tetapi apabilakanak-kanak itu sedang berkelahi, membaling-baling batu atau bergumpal-gumpal diatas tanah, spontan si ibu jadi cemas dan tidak sabar. Datanglah si ibu untuk menyelamatkan anaknya dan memarahi dan memukul anak yang seoarang lagi.

Ibu anak yang kena pukul itu pula spontan jadi marah. Maka dia pun turun untuk membela anaknya. Maka berkonfrantasilah kedua-dua ibu itu. KAdang-kadang terus bergaduh dan bertarik-tarik rambut. Paling tidak bermasam-masam muka dan bertukar-tukar kata kesat dan menyindir. Belumpun kedua-dua ibu itu selesai bergaduh, kedua-dua anak tadu berbaik semula dan bermain bersama seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Begiu juga dalam keluarga yang memanjakan anak bongsu. Apa sahaja yang dibuat oleh anak bongsu itu semuanya OK. Ayah tidak pernah marah. Ibu pun tidak pernah marah. Kalau anak bongsu itu bergaduh dengan kakak-kakak atau abang-abangnya, kakak dan abangnyalah yang kena marah. Walaupun nayata anak bongsu itulah yang nakal dan yang memulakannya.

Begitulah juga kalau berlaku pergaduhan antara orang kampung kita dengan orang kampung lain, antara murid sekolah kita dengan murid sekolah lain, atau orang bangsa kita dengan orang bangsa lain. Cepat sangat kita hendak menyebelah orang kita seolah-olah orang kita mustahil boleh buat salah. Kita jadi prejudis dan buruk sangka dengan pihak lain. Kemampuan kita untuk menimbang dengan saksama dan adil terjejas disebabkan silap kita yang mementingkan diri itu.

Dalam semua kejadian di atas, tidak pernah dipersoal siapa benar dan siapa salah. Hanya siapa yang lebih disayangi. Orang yang kita sayang itulah yang benar. Yang kita kurang sayang itu secara otomatik dianggap salah. Ini bukan keadilan. Ini pertimbangan yang berat sebelah.

Begitulah sukarnya membuat pertimbangan dan berlaku adil kalau kita terlalu melebihkan kepentingan diri, lebih-lebih lagi kepentingan diri yang berlaku secara spontan yang diluar kawalan kita dan yang kita tidak sedar. Hanya hati yang sentiasa bersama Tuhan, yang sentiasa merasakan kehadiran Tuhan dan yang penuh dengan rasa berTuhan dan kehambaan sahaja yang dapat mengawal kepentingan diri secara spontan ini dari menguasainya.

Untuk mengawal kepentingan diri secara spontan ini bukan mudah dapat dicapai, tetapi ia tetap perlu untuk memupuk keluarga atau masyarakat yang adil dan hormoni. Itu sebab untuk menjadi adil, untuk mencetus kasih sayang sesama manusia, untuk menjadi orang yang bertimbang rasa, kita perlu kepada Tuhan. Hanya apabila Tuhan diimani, dicintai dan ditakuti barulah mudah bibit ini dapat dapat disemai di dalam hati kita.




Advertising

Disamping menyediakan artikel-artikel menarik untuk pengunjung, kami juga menyediakan perkhidmatan advertising. Yang mana ia dilakukan oleh mereka-mereka yang berpengalaman di dalam bidang ini.

Perkhidmatan kami;

A) DESIGN for:
1. Banner & Bunting,
2. Bisnes Kad,
3. Profile Company,
4. Signboard,
5. Lay out

B) PERCETAKAN
1. Buku dll

C) VIDEO EDITING
1. Majlis Perkahwinan
2. Majlis Rasmi

Sila hubungi kami untuk tempahan.

Tel: 013-2570191
019-5145602

Emel: fiys_peaces@rocketmail.com

Siapa Kami

Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi meluangkan masa menjenguk blog One Art Productions. One Art Productions (OAP)ialah satu weblog yang menyiarkan artikel yang mesejnya adalah untuk membawa manusia kepada Tuhan. Membawa kepada cinta dan takut Tuhan. Kerana kami juga adalah sebuah syarikat penerbitan, jadi sebahagian artikel adalah dari buku-buku yang kami terbitkan..
Buat masa ini mungkin kami hanya menggunakan blogspot untuk berinteraksi dengan para pengunjung. Jika ada keizinan kami akan meniktarafkan weblog ini, dan mungkin menggunakan domainsendiri, insyaAllah.

About me

Photostream